top of page
Writer's pictureKU SYAFIQ KU FOZI

ISTILAH




Erwiani Wilzar memulakan pidato beliau dengan menerangkan makna kepimpinan menggunakan tiga istilah : imam, malakah dan murshid. Pemahaman terhadap ketiga-tiga istilah ini menjadi asas kepada penceritaan beliau yang selanjutnya.


Dr Azhar Ibrahim, ketika menulis artikel Tradisi Berfikir Untuk Transformasi Masyarakat dalam buku Utopia Masyarakat Lambak memperuntukkan tiga setengah muka surat untuk menjelaskan makna perkataan 'tradisi' dan dua muka surat lagi untuk menerangkan makna frasa 'transformasi masyarakat'.


Memahami istilah dengan tepat adalah penting, apatah lagi istilah tersebut menjadi tunjang kandungan dalam sesuatu penulisan. Maka untuk yang menulis, permudahkan kefahaman pembaca tentang istilah-istilah yang penting dalam karangan anda. Untuk yang membaca pula, rajin-rajinkanlah diri mencari makna perkataan-perkataan yang sukar difahami. Baru kelak pembacaan anda memberi ilmu, bukan sekadar maklumat.

1 view0 comments

Recent Posts

See All

Σχόλια


bottom of page