top of page
Writer's pictureKU SYAFIQ KU FOZI

FOODPANDA, KEANGKUHAN ANDA AKAN MEMAKAN DIRI



Membaca kenyataan bos Foodpanda ni boleh buat mendidih juga jiwa. Angkuh sungguh.

Begitulah agaknya sikap orang yang dah berjaya menempa kejayaan. Sudah berjaya mendaki ke puncak gunung, semua yang di bawah dipandang kecil dan tidak penting.


Sedangkan yang di bawah itulah bermatian membantu syarikat membina nama.


Siapa Foodpanda tanpa rider yang tak kisah berhujan panas demi memenuhi permintaan pelanggannya?


Saudara Sayantan Das patut belajar dari kegagalan syarikat telekomunikasi Kanada, Nortel Networks yang diisytihar bankrap kurang sedekad yang lalu.


Kejatuhan Nortel Networks sangat menarik kerana sepuluh tahun sebelum ia lingkup, syarikat itu adalah korporasi kesembilan terbesar dunia. Ia gergasi namun tetap rebah dek keangkuhan pengurusannya.


Portal Quartz membongkar punca syarikat itu melingkup dengan memetik kajian daripada Telfer School of Management dari Universiti Ottawa. Menurut kajian itu, kejayaan besar Nortel membentuk budaya angkuh dalam kalangan pengurusannya dan ia menatijahkan disiplin kewangan yang lemah, kegagalan membaca pasaran dan akhirnya apabila teknologi komunikasi semakin maju sekitar tahun 2000, Nortel terpaksa memotong perbelanjaan sehingga meminggirkan pelanggan.


Jangan biarkan kejayaan menjadikan anda angkuh, Foodpanda. Komunikasi anda bersama para rider yang mogok nampaknya gagal dan ia telah mula memberi kesan kepada pelanggan.


Tanda pagar #boycottfoodpanda sudah trending di Twitter. Pelanggan semakin menjauhkan diri. Sikit masa lagi, anda mungkin akan menerima nasib sama seperti Nortel Networks.


Ingat juga, pesaing anda ramai. Dengan sikap sebegini, pesaing-pesaing anda hanya menanti masa untuk 'mencuri' pelanggan-pelanggan anda.


Sampai masa nanti, nak tengok juga, adakah anda boleh beri dialog sama kepada pelanggan seperti yang anda berikan kepada rider yang mogok.


"Kalau anda tak mahu order, kami OK". Mampu nak cakap macam tu?


*Artikel ini disiarkan di Facebook Weyh Media pada 8 Oktober 2019

0 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page