top of page
Writer's pictureKU SYAFIQ KU FOZI

SI MURAI TELUK BATU



Dalam kemeriahan kita menyambut konsert reunion Butterfingers semalam, admin sempat perhati kelibat satu band ni yang dah lama admin tak dengar cerita diorang.


Stonebay tuan-tuan. Mungkin ramai tak kenal sebab pada waktu kemuncak mereka, mereka tidaklah begitu popular. Mereka naik sama-sama dengan band indie gelombang kedua yang lain.


Lagu mereka yang betul-betul popular juga hanya ada satu, iaitu Si Murai Penipu. Tapi impak lagu ni bukan calang-calang. Tak silap, radio mainstream macam HotFM pun ada main. Lagu ini juga berjaya masuk Muzik-Muzik. Tak pasti lepas ke tak Separuh Akhir.


Walaupun tak popular, bukanlah bermakna Stonebay ni tak bagus. Mungkin juga, dia kurang popular sebab dia bagus.


Maksud admin begini. Band indie ni, ciri dia yang paling utama ialah bebas berkarya. Dia tak terikat dengan kehendak radio atau pasaran. Dia nak buat lagu macam ni, dia buat. Itu inti sebenar indie.


Begitulah Stonebay. Lagu dia bagus tapi tak dapat sambutan sangat sebab itu bukan kehendak pasaran. Kecuali untuk Si Murai Penipu la, lagu tu memang ada nilai komersial.


Macam lagu Paku Hiba, lagu ni susunannya kompleks. Orang ramai mana nak dengar benda-benda kompleks ni. Semua kalau boleh nak dengar lagu yang ringan, ringkas, jenis yang laid-back dan banyak ulang-ulang lirik.


Tapi Stonebay tak tunduklah. Dia suka buat lagu kompleks, jadi dia buat. Bagi orang yang betul-betul menghargai muzik, mereka akan nampak kelebihan lagu Paku Hiba ni. Sebab tu lagu ni ada peminat dia yang tersendiri. Dan sebab itu juga admin rasa kenapa Stonebay akan bawa juga lagu ni dalam mana-mana show mereka.


Admin memang minat band ni. Sayang tak dapat turun Atas hari tu tengok live, kalau tak boleh juga sembang-sembang. Band ni umur dah lebih 20 tahun tau, lejen ni.


Semoga Stonebay terus maju dan terus aktif. Manalah tahu nanti Luncai Emas Sdn Bhd boleh perasan, dapat jadi anak buah sifu M. Nasir. Gaya pun tak jauh dengan Pitahati, Ramayan semua. Hehe


*Disiarkan di Facebook Weyh Media pada 3 November 2019.

2 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page