top of page
Writer's pictureKU SYAFIQ KU FOZI

PUTEH, BOCEY, ZERO & SHIRO: LEGASI RAJA LAWAK 6 SELEPAS LAPAN TAHUN



Industri seni lawak kita ni sangat menarik untuk diperhatikan. Ia berkembang dengan sangat menarik.


Jumaat lalu, Maharaja Lawak Mega 2019 telah tamat. Puteh diangkat sebagai juara selepas empat tahun mencuba. Bila diperhatikan para finalis, dan jika kita lihat asal mereka dalam dunia lawak ini, ia sangat menarik.


Ia menarik sebab rupa-rupanya, peserta Raja Lawak 6 ramai yang berjaya sekarang.


Walaupun ketika Raja Lawak 6, dah bermula kemeruduman Raja Lawak sebab masa tu Maharaja Lawak dan Maharaja Lawak Mega dah mula, tapi alumninya hebat-hebat.


Banyak dari mereka berpecah dengan kumpulan asal dan bentuk kumpulan baru.


Contohnya Fad asal kumpulan Selak dan Abam dari kumpulan Albob, bentuk kumpulan Bocik. Mereka masuk Bintang Mencari Bintang lalu bertemu Achey. Mereka bertiga kemudiannya membentuk Bocey.


Ali dan Mamak juga dari Raja Lawak 6. Ali dari Albob, Mamak dari Cuit. Mereka bikin Puteh semasa join Projek Komedi Warna pada 2015.


Selain itu, Raja Lawak 6 ada Zero. Mereka antara kumpulan asal yang paling lama bertahan. Pernah jadi juara pada 2014 dan ia kekal kemenangan paling dramatik dalam Maharaja Lawak Mega. Dari hotseat menjadi juara.


Juara Raja Lawak 6 pula, Shiro masih bertahan hingga sekarang. Cuma Ajak banyak join kumpulan projek, seperti LOL bersama Angah dan Tauke serta Rare tahun ini, bersama Ropie dan Pak Ya.


Secara keseluruhannya, sembilan orang daripada alumni Raja Lawak 6 kini menjadi pelawak utama negara.


Sejak Raja Lawak 1 pada 2007, ia terus beri impak sehingga sekarang. Mungkin ada yang sudah bosan mahu layan pertandingan lawak, tapi kumpulan peminatnya masih besar. Dan ia kan terus membesar jika para pelawak boleh terus menambah baik kualiti jenaka mereka.


*Disiarkan di Facebook Weyh Media pada 12 Januari 2020

0 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page