top of page
Writer's pictureKU SYAFIQ KU FOZI

MENCARI RAHMAT : FILEM MELAYU SPEKTAKULAR




Kalau sesi tayangan di Menara Ilham tadi dihadiri PU Amin, kita akan terselamat dari malapetaka tweet beliau tentang Hantu Kak Limah dan derma masjid. Malangnya beliau tidak hadir.


Aku syak, kalau beliau hadir, hanya ada dua kemungkinan : i) beliau akan tulis thread panjang tentang filem Melayu yang semakin berani atau ii) beliau tutup semua akaun media sosial dan hidup dalam kemurungan selama tiga minggu sebelum muncul semula dengan nama Amin Oi!, seorang remaja skinhead yang panggil orang dengan sapaan oyoyoyoyoy!


Mencari Rahmat adalah sebuah filem genius yang tidak meninggalkan nilai komersial.


Dalam erti kata lain, filem ini boleh jual. Siapa yang tonton akan terhibur. Cuma cabarannya - kalau ditayang di pawagam nanti - bagaimana mahu tarik orang untuk hadir. Ia sejenis filem yang orang akan suka selepas tonton, tapi bagaimana nak buat orang suka sebelum tonton?


Barisan pelakonnya sudah cukup kuat untuk menarik audiens, tapi genrenya (yang aku tak tahu apa) boleh buat masyarakat Malaysia was-was mahu cucuk kad debit bayar tiket.


Cuma, seperti kata Al Jafree Md Yusop tadi, kita sebenarnya tidak pernah tahu apa yang penonton Malaysia ini mahu. Betullah, dalam berjuta penonton filem di Malaysia, bagaimana kita mahu tahu apa setiap satu daripada mereka mahu? Jadi, aku fikir, filem ini perlu dapat ruang tayangan di pawagam.


Aku tak faham apa abang Madnorkassim Madnor Madnorkassim labun pasal AMP ke apa entah tadi, aku bukan orang filem, tapi kalau penerbit perlu buat crowdfunding untuk filem ini, aku sokong kuat. Biar panas punggung PU Amin bila dapat tahu orang bukan saja beli tiket nak tengok wayang, malah derma untuk filem tu masuk wayang.


Aku sebenarnya tak tahu nak ulas macam mana filem ni. Sebab itu PU Amin jadi mangsa supaya status ni jadi panjang. Tapi pengalaman menontonnya sangat spektakular dan segar.


Plot twist-nya bukan jenis yang gedik-gedik mahu diadakan untuk menyempurnakan ciri filem seperti yang setengah orang percaya, ia organik dan signifikan sejak awal lagi.


Lakonan mantap. Filem ni takde extra woi, pelakonnya ramai tu je lah. Dialognya teliti dan nakal. Dan yang paling penting, filem ini boleh jadi cermin bagi kebanyakan kita yang selalu tak jujur dalam hidup. Ia buat kau berfikir semula tentang keputusan-keputusan yang kau ambil dalam hidup.


Filem akan meneruskan jelajahnya ke beberapa buah negeri nanti. Sila rujuk page Mencari Rahmat. Kalau ada peluang tontonlah, sangat berbaloi. Adibah Noor kelakar nak mampus.


*Disiarkan di Facebook Ku Syafiq pada 3 September 2018

2 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page