top of page
Writer's pictureKU SYAFIQ KU FOZI

IKAL MAYANG : INISIATIF SENI OLEH WOMEN:GIRLS



Pada tahun 2013, sebuah pertubuhan tidak bermotifkan keuntungan yang menggelar gerakan mereka sebagai WOMEN:girls telah menjalankan sebuah inisiatif seni yang diberi nama Ikal Mayang. Ikal Mayang merupakan sebuah projek filem pendek yang mengumpulkan pengarah-pengarah wanita untuk membikin filem pendek tentang wanita.


Aku tertarik dengan inisiatif ini. Bagi aku, projek ini berjaya mencapai matlamatnya, iaitu untuk membuka ruang diskusi tentang masalah-masalah yang dialami oleh wanita. Diskusinya tak semestinya formal, boleh juga terjadi secara tidak formal, secara santai dengan kawan-kawan, atau diskusi secara monolog dengan diri sendiri.


Pada tahun pertama, konsep filem pendek yang dibikin adalah berdurasi 15 minit. Aku masih ingat, projek ini menggunakan medium Astro First. Beberapa filem pendek arahan pengarah-pengarah wanita seperti Sharifah Amani, Fauziah Nawi, Vanidah Imran, Susan Lankester, Junad M Nor dan beberapa orang lagi pengarah lain. Aku hanya ingat dua filem pendek yang ditayangkan pada tahun ini, iaitu Odah arahan Junad dan Inspektor (aku lupa arahan siapa). Odah aku letakkan sebagai salah satu filem pendek kegemaran aku sepanjang zaman,. Sangat power. Darah komedi Datuk Lat dapat dilihat mengalir lancar dalam diri Junad. Kisah tentang seorang wanita yang ingin berambut pendek tetapi dikecam lesbian oleh ibu sendiri dan orang kampung. Man Kadir (Pak Jabit) pun ada berlakon, jadi orang tua kaki gosip. Inspektor pula lakonan Sharifah Aleya dan tak silap aku KJ ada buat cameo dalam filem ni.


Tahun kedua pula, durasi dipendekkan kepada dua minit sahaja. Pada tahun ini tema Unspoken Truths diperkenalkan. Aku tak tengok banyak untuk tahun ni, tapi macam biasa Junad kekal power dengan filem Khalilah. Lakonan Christine Suzanne, Ogy Ahmad Daud dan Adibah Noor, scene paling power mestilah scene Adibah Noor bersama suami anak-anaknya bagi salam. Punyalah celaka, dia boleh bantai nyanyi lagu "Assalamualaikum..kum apa, kombat..bat apa, batman..men apa, mentos" kat situ.


Untuk tahun ketiga, aku tak jumpa dah filem Junad. Durasi dikekalkan 2 minit. Kali ini penyertaan untuk pengarah lelaki dibuka. Tema yang dipilih ialah Serupa (Similarities). Aku belum tengok semua tapi aku sangat suka filem Sama-sama oleh Afdlin Shauki yang dilakonkan oleh beliau sendiri bersama Dira Abu Zahar. Selain itu, filem Aurat oleh Erza Irdalynna juga power. Tapi yang paling power aku rasa, filem Kari oleh Kavitha Sidhu. Lakonan Nadiya Nisaa power gila! KJ pun ada arah satu filem tapi aku tak tengok lagi.


Tahun keempat, mereka gunakan tema Adat. Menarik juga ada yang bincang pasal adat tolak hujan, adat merahsiakan masalah keluarga dan lain-lain. Paling power mestilah filem Hepi oleh Fynn Jamal. Memang nice gila penceritaannya.


Selepas 2016, aku tak tahu sama ada projek filem pendek ini masih berjalan atau tidak. Tetapi channel Youtube WOMEN:girls ni masih aktif dengan macam-macam video tentang wanita. Walau apa pun, projek ni dah pernah mencipta sejarah indah buat industri seni kita. Sebuah projek penghargaan terhadap wanita melalui seni.


Ini link untuk channel WOMEN:girls. Korang boleh jumpa semua video filem pendek tu di sini, kecuali untuk yang tahun 2014 punya.



*Disiarkan di Facebook Ku Syafiq pada 20 Julai 2017

2 views0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


bottom of page