Ini kali ketiga aku tonton filem arahan Nik Amir Mustapha ni. Ya, aku memang suka tengok satu filem lebih dari sekali. Tapi filem tu kena filem yang power la, supaya aku boleh jumpa benda baharu setiap kali aku tonton. Dan antara benda baharu yang jumpa dalam filem ini dalam tontonan yang ketiga adalah tentang carpe diem. Sebelum ni aku tak pernah perasan yang watak Sofea Jane (Nadia Nisaa) ada sebut Carpe Diem pada Ijam (Iedil Putra) dalam salah satu babak mereka di dalam Jembalang (van VW Ali). Aku perasan pun atas bantuan subtitle Astro First.
Apa itu carpe diem?
Urban Dictionary mendefinisikan carpe diem sebagai singkatan terhadap satu ungkapan Latin, iaitu "carpe diem quam minimum credula postero" yang bermaksud "seize the day, trusting as little as possible in the future." Secara mudahnya, carpe diem ni bermaksud kita nikmati saat-saat yang sedang berlaku tanpa fikirkan kemungkinan-kemungkinan atau risiko-risiko di masa hadapan. Lebih kurang macam YOLO tapi ungkapan ini lebih lembut dan berfalsafah maknanya.
Dalam TDL, ada watak yang procarpe diem dan ada yang anticarpe diem. Sofea Jane, Berg dan Ali adalah watak yang procarpe diem manakala Ijam dan Toyu anticarpe diem. Toyu taklah nampak sangat anticarpe diemnya tapi Ijam sangat jelas, dan ini sedikit sebanyak disebabkan oleh pengaruh Zelda dalam hidupnya.
Filem ini bagi aku bukan tentang UFO. Filem ini tentang persahabatan. UFO hanyalah trick Berg untuk ajak kawan-kawannya pergi road trip yang terakhir untuknya, sama macam trick Nik Amir untuk ajak orang tonton filem ni. Dan road trip tersebut ialah cara Berg nak ajar tentang carpe diem kepada kawan-kawannya, terutamanya Ijam. Berg sedar yang mereka akan berpisah, jadi Berg betul-betul nak habiskan masa-masa terakhirnya dengan kawan-kawan sekolah dia. Dia nak carpe diem, atau seize the day dengan kawan-kawan dia sebelum pergi.
"Aku nak habiskan benda yang aku mulakan je."
Tu kata Berg lepas Ijam kena tumbuk dengan Ali. Dengan rasa menyesal. Dia nak habiskan pengembaraan UFO? Aku rasa tak. Dia nak luang masa-masa terakhir dia dengan kawan-kawan dia. Berg ni dah tak ada mak ayah, atuk yang jaga dia dari kecil pun dah tak ada. Ijam, Toyu, Ali, itulah keluarga terdekat dia. Dia nak gunakan memori mereka bersama untuk raikan persahabatan mereka. Itu yang dia nak habiskan.
Dalam filem ini, babak paling carpe diem ialah babak Sofea Jane keluar dari Jembalang dan menikmati hujan. Tindakan yang diikuti oleh watak-watak yang lain selepas itu. Itu carpe diem. Tak payah fikir nanti demam, baju basah, rambut rosak. Saat itu adalah untuk dinikmati.
Kawan-kawan di UPSI, belajarlah daripada filem ini. Kita hanya ada 4 tahun sebagai pelajar degree. Kehidupan selepas itu sangat berbeza. Cari moment-moment carpe diem anda bersama rakan. Moment yang anda boleh ingat sampai ke mati. Let's cherish our friendship.
Carpe diem!
*Disiarkan di Facebook Ku Syafiq pada 28 Jun 2016
Comments