1. Ini sebuah pandangan peribadi.
2. Aku memang suka filem tentang orang genius, atau yang ada watak seorang genius.
3. Aku fikir filem tentang genius yang pertama aku tonton ialah Baby Geniuses. Comel betul filem tu.
4. Filem lain yang ada genius yang aku suka ialah Good Will Hunting. Sangat menarik untuk mendalami pemikiran orang bijak dan orang miskin. Selain itu Inception juga sebuah filem tentang sekumpulan orang genius.
5. Yang menariknya filem tentang genius ni, ia boleh mengajar kita jadi bijak.
6. Begitu juga filem Bad Genius, sebuah filem dari produksi Thailand.
7. Menariknya filem ni, orang bijaknya miskin (sederhana bagi Lynn) dan orang bodohnya kaya. Dan bagaimana hubungan kaya-miskin bodoh-bijak ini berlangsunglah menjadi inti filem ini.
8. Dalam filem ini, kekayaan spritual (kebijaksanaan) milik Lynn dan Bank dikerah untuk memperoleh laba material (wang) manakala kekayaan material milik Pat dan Grace (Grace ni setahu aku menumpang kaya si Pat je) pula dikerah untuk memperoleh laba spiritual (restu dan kebanggaan ibu dan bapa).
9. Filem ini mengesahkan pendapat aku bahawa sebarang penipuan sifatnya berantai. Penipuan tidak boleh tunggal. Selepas sekali menipu, kita perlu bersedia untuk menipu lagi untuk memastikan penipuan pertama kita tidak terbongkar.
10. Lynn dan Bank adalah dua watak yang menarik, tapi aku lebih tertarik dengan Lynn.
11. Wang adalah tujuan Lynn melakukan penipuan, tetapi kalau diteliti, bukan wang yang memuktamadkan keputusan Lynn untuk menipu . Kalau dah tonton cuba ingat semula, dan kalau belum tonton sila ambil perhatian nanti. Lynn memuktamadkan keputusan untuk menipu dalam dua projek penipuan dalam filem selepas dia bertemu dengan kaedah penipuan yang baharu.
12. Bagi orang bijak, tidak ada perkara yang lebih menarik berbanding cabaran terhadap kebijaksanaan sendiri. Sebab itu Will berani menjawab soalan di luar kelas di MIT walaupun ada risiko kantoi dalam filem Good Will Hunting.
13. Filem ni kelakar. Haha
14. Walaupun kelakar, insafi juga nasib orang miskin macam Lynn dan Bank yang terpaksa buat apa sahaja (termasuk melanggar prinsip diri bagi Bank) demi meneruskan hidup dalam dunia serba materialistik ni.
15. Walaupun babak-babak peleraian nampak ada elemen penyesalan, tapi ia tidaklah bersifat begitu didaktik. Penonton masih diberi ruang untuk menentukan sendiri perbuatan watak-watak dalam filem ini betul atau tidak.
p/s : kisah meniru yang setanding dengan Bad Genius ni pertama kali aku dengar masa sekolah rendah. Cikgu aku cerita ada sekolah pernah guna budak-budak PJ untuk beri jawapan pada pelajar yang tengah UPSR (tak silap). Setiap pilihan jawapan diwakili oleh baju pelajar yang berlari atas padang. Kalau baju biru-A, merah-B. Macam tu la lebih kurang. Kalau betul cerita tu, bijak cikgu yang guna taktik tu. Kalau tak betul, bijak cikgu aku yang reka cerita tu.
*Disiarkan di Facebook Ku Syafiq pada 27 Ogos 2017
Comments